SELAMAT DATANG KE BLOG JKP TAMAN SERAI PERMAI

Program Semarak Jalur Gemilang Daerah Larut Matang, Selama dan Kerian

Written by Setiausaha on 28 Julai 2010 at 9:38 PTG




Tarikh
24 Julai 2010
Masa
7.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat
Padang Taman Serai Permai
Program ini adalah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan kerjasama KRT dan JKP Taman Serai Permai.Objektif program ialah untuk menyemarakkan semangat cintakan bendera Malaysia dikalangan setiap rakyat Malaysia amnya dan masyarakat di daerah Larut Matang, Selama dan Kerian khususnya.Program ini juga bertujuan untuk melancarkan kempen mengibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah dan premis di daerah terlibat.Majlis perasmian disempurnakan oleh Cik Nor Aini binti Mohd Nordin penolong Pegawai Daerah yang mewakili Tuan Pegawai Daerah Kerian yang tidak dapat hadir. Turut hadir ialah En. Meor Azam bin Meor Harun, Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Larut Matang, Selama dan Kerian. Antara aktiviti yang dijalankan ialah jalan kaki jalur gemilang, konvoi bermotosikal membawa jalur gemilang, sukaneka tabika perpaduan, persembahan tarian satu malaysia, pameran, senamrobik dan acara tarik tali. Program ini mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat.














































Gotong Royong Semarak Rakyat

Written by Setiausaha on at 5:03 PTG

Tarikh
8 Mei 2010
Masa
8.00 pagi
Tempat
Sekitar Taman Serai Permai
Aktiviti gotong royong ini dilaksnakan sempena program Semarak Rakyat yang di anjurkan oleh UMNO bahagian Bagan Serai. JKP dan KRT Taman Serai Permai bekerjasama mengendalikan aktiviti ini. Fokus utama ialah untuk membersih dan menceriakan tempat-tempat yang perlu. Antara kawasan yang terpilih ialah pesekitaran Tabika Perpaduan, Tapak Surau dan Padang Permainan kanak-kanak. Gotong royong melibatkan semua lapisan masyarakat Taman Serai Permai. Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah mengecat, menyapu, memotong rumput, membersihkan longkang dan memungut sampah.


Ceramah Maulidur Rasul

Written by Setiausaha on 19 Mac 2010 at 3:11 PTG

Tarikh 13 Mac 2010
Masa 9.00 malam
Tempat Padang Taman Serai Permai
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Shukri b. Osman (Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam USM  Kampus Kejuruteraan,  Nibong Tebal).  Ceramah yang bermula selepas solat isyak ini mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk islam setempat. Ceramah berkisar akan sirah Rasulullah dan permasalahan ummah pada hari ini amat menarik perhatian dan memberi peringatan tentang tanggungjawab dan peranan umat islam. Setelah selesai ceramah, penduduk setempat bergotong-royong mengemas dan membuat kerja pembersihan.  Atas sokongan dan kerjasama semua pihak program ini telah berjaya mencapai matlamatnya.


Muslimat sedang khyusuk mendengar ceramah

Y.Bhg. Dato' Zaili b. Cha dan Isteri serta Isteri YB.ADUN Alor Pongsu turut hadir

Penduduk setempat memberi tumpuan kepada ceramah 

Penceramah undangan



Mesyuarat JKP Kali Pertama

Written by Setiausaha on at 9:56 PG

Tarikh4 Mac 2010
Masa 8.30 malam
Tempat Tabika Perpaduan Taman Serai Permai
Mesyuarat kali pertama ini dipengerusikan oleh En. Mohd. Naim b. Abdullah selaku Pengerusi JKP Taman Serai Permai. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh seorang Ahli Majlis Daerah Kerian, En. P. Ponnazhakan yang merupakan Penasihat JKP Taman Serai Permai. Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk merancang akativiti dan program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2010. Mesyuarat turut memfokuskan kepada isu-isu yang berkaitan dengan permasalahn penduduk yang boleh dipanjangkan kepada pihak MDK. Selain dari itu ahli mesyuarat juga diberi kefahaman tentang peranan dan fungsi JKP.


Majlis Pelancaran Skim Rondaan Sukarela

Written by Setiausaha on 08 Mac 2010 at 1:16 PTG

Tarikh 12 Februari 2010
Masa 9.00 malam
Tempat Padang Taman Serai Permai
Majlis Pelancaran Skim Rondaan Sukarela telah disempurnakan oleh YB. En. Sham B. Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Alor Pongsu. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Hassan, Pegawai Daerah Kerian selaku tetamu kehormat dan beberapa ketua jabatan dan pemimpin setempat yang lain. Kehadiran ahli SRS pula hampir mencecah seratus peratus. Penduduk setempat juga turut hadir sebagai tanda sokongan kepada penubuhan SRS di kawasan perumahan in. Dengan sokongan dan kerjasama semua pihak majlis ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Kini rasmilah sudah penubuhan Skim Rondaan Sukarela Taman Serai Permai.

Ucapan perasmian oleh YB. En. Sham B. Mat sahat, ADUN Alor Pongsu
 
Ucapan  Y.Bhg. Tuan Haji Ismail bin Hassan, Pegawai Daerah Kerian

Upacara menarik tirai pelancaran

Jemputan khas yang hadir dari kiri En. Abd. Kadar B. K. Sikintar Bacha (wakil Pegawai Perpadauan Daerah Larut Matang Selama dan Kerian), Tuan Haji Ismail bin Hassan (Pegawai Daerah Kerian), YB. En. Sham B. Mat Sahat (Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Alor Pongsu), ASP Mohd. Saad b. Ismail (Ketua Polis Balai Bagan Serai) dan En. Baharuddin bin Ramli (Penghulu Mukim Bagan Serai)

Pegawai Daerah memakaikan vest rasmi peronda SRS

Sebahagian dari ahli SRS dan tetamu yang hadir

Jiran wanita turut sama terlibat

Anggota polis Bagan Serai membuka kaunter Rakan Cop

Jamuan selepas majlis pelancaran