SELAMAT DATANG KE BLOG JKP TAMAN SERAI PERMAI

Ceramah Maulidur Rasul

Written by Setiausaha on 19 Mac 2010 at 3:11 PTG

Tarikh 13 Mac 2010
Masa 9.00 malam
Tempat Padang Taman Serai Permai
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Shukri b. Osman (Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam USM  Kampus Kejuruteraan,  Nibong Tebal).  Ceramah yang bermula selepas solat isyak ini mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk islam setempat. Ceramah berkisar akan sirah Rasulullah dan permasalahan ummah pada hari ini amat menarik perhatian dan memberi peringatan tentang tanggungjawab dan peranan umat islam. Setelah selesai ceramah, penduduk setempat bergotong-royong mengemas dan membuat kerja pembersihan.  Atas sokongan dan kerjasama semua pihak program ini telah berjaya mencapai matlamatnya.


Muslimat sedang khyusuk mendengar ceramah

Y.Bhg. Dato' Zaili b. Cha dan Isteri serta Isteri YB.ADUN Alor Pongsu turut hadir

Penduduk setempat memberi tumpuan kepada ceramah 

Penceramah undangan



Mesyuarat JKP Kali Pertama

Written by Setiausaha on at 9:56 PG

Tarikh4 Mac 2010
Masa 8.30 malam
Tempat Tabika Perpaduan Taman Serai Permai
Mesyuarat kali pertama ini dipengerusikan oleh En. Mohd. Naim b. Abdullah selaku Pengerusi JKP Taman Serai Permai. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh seorang Ahli Majlis Daerah Kerian, En. P. Ponnazhakan yang merupakan Penasihat JKP Taman Serai Permai. Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk merancang akativiti dan program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2010. Mesyuarat turut memfokuskan kepada isu-isu yang berkaitan dengan permasalahn penduduk yang boleh dipanjangkan kepada pihak MDK. Selain dari itu ahli mesyuarat juga diberi kefahaman tentang peranan dan fungsi JKP.


Majlis Pelancaran Skim Rondaan Sukarela

Written by Setiausaha on 08 Mac 2010 at 1:16 PTG

Tarikh 12 Februari 2010
Masa 9.00 malam
Tempat Padang Taman Serai Permai
Majlis Pelancaran Skim Rondaan Sukarela telah disempurnakan oleh YB. En. Sham B. Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Alor Pongsu. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Hassan, Pegawai Daerah Kerian selaku tetamu kehormat dan beberapa ketua jabatan dan pemimpin setempat yang lain. Kehadiran ahli SRS pula hampir mencecah seratus peratus. Penduduk setempat juga turut hadir sebagai tanda sokongan kepada penubuhan SRS di kawasan perumahan in. Dengan sokongan dan kerjasama semua pihak majlis ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Kini rasmilah sudah penubuhan Skim Rondaan Sukarela Taman Serai Permai.

Ucapan perasmian oleh YB. En. Sham B. Mat sahat, ADUN Alor Pongsu
 
Ucapan  Y.Bhg. Tuan Haji Ismail bin Hassan, Pegawai Daerah Kerian

Upacara menarik tirai pelancaran

Jemputan khas yang hadir dari kiri En. Abd. Kadar B. K. Sikintar Bacha (wakil Pegawai Perpadauan Daerah Larut Matang Selama dan Kerian), Tuan Haji Ismail bin Hassan (Pegawai Daerah Kerian), YB. En. Sham B. Mat Sahat (Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Alor Pongsu), ASP Mohd. Saad b. Ismail (Ketua Polis Balai Bagan Serai) dan En. Baharuddin bin Ramli (Penghulu Mukim Bagan Serai)

Pegawai Daerah memakaikan vest rasmi peronda SRS

Sebahagian dari ahli SRS dan tetamu yang hadir

Jiran wanita turut sama terlibat

Anggota polis Bagan Serai membuka kaunter Rakan Cop

Jamuan selepas majlis pelancaran