SELAMAT DATANG KE BLOG JKP TAMAN SERAI PERMAI

Latar Belakang

Written by Setiausaha on at 11:23 PTG

Jawatankuasa Penduduk atau JKP mula ditubuhkan di Taman Serai Permai pada 1 Januari 2010 apabila surat lantikan kumpulan ahli jawatankuasa dikuatkuasakan pada tarikh berkenaan. Jawaatankuasa Penduduk ini adalah di bawah naungan Majlis Daerah Kerian. Seorang ahli majlis telah dilantik sebagai penasihat bagi mengawal selia perjalanan JKP ini. Objektif utama JKP ditubuhkan adalah:

  1. Mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu, bermuafakat dan harmoni di dalam kawasan taman-taman perumahan. 
  2. Membantu melahir dan mengembeling idea dengan Pihak Berkuasa Tempatan melalui semangat perkongsian bijak bagi menghasilkan mutu perkhidmatan dan sistem penyampaian yang berkesan. 
  3. Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program-program yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. 
  4. Sebagai saluran informasi bagi menyampaikan keperluan dan kebajikan penduduk. 
  5. Menyokong setiap dasar, program dan hasrat kerajaan supaya dapat difahami dan dihayati oleh setiap penduduk. 
  6. Mewujudkan suasana bersih, indah, sejahtera dan selamat serta memupuk semangat kekitaan di dalam kawasan perumahan. 
  7. Mewujudkan masyarakat yang positif dan proaktif terhadap program-program dan projek-projek kerajaan      
Manakala fungsi utama JKP ditubuhkan adalah untuk:
  1. Mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat setempat. 
  2. Bekerjasama dan memelihara keindahan, keceriaan, dan taman-taman perumahan.
  3. Mewujudkan suasana persekitaran yang selamat di kawasan taman-taman perumahan. 
  4. Mengenal pasti dan memaklumkan masalah-masalah yang terdapatdi dalam kawasan taman-taman perumahan. 
  5. Mengatasi dan mengawal gejala sosial dengan menerapkan nilai-nilai murni dan budaya hidup sihat dikalangan masyarakat. 
  6. Membantu menyampaikan dasar-dasar serta penglibatan masyarakat di dalam melaksanakan program-program dan projek-projek kerajaan. 
  7. Menggiatkan aktiviti sosial, kesukanan dan kemasyarakatandi kawasan perumahan. 
  8. Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan dan pemuliharaan kebersihan, keceriaan dan kesihatan di kawasan-kawasan perumahan. 
  9. Mewujudkan sikap kepunyaan (self-belonging) masyarakat terhadap harta-harta awam. 
  10. Membantu di dalam menyediakan maklumat asas kependudukan (inventor) di dalam Taman- Taman Perumahan.