Program Semarak Jalur Gemilang Daerah Larut Matang, Selama dan Kerian
Written by Setiausaha on 28 Julai 2010 at 9:38 PTG
Tarikh
24 Julai 2010
Masa
7.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat
Padang Taman Serai Permai
Program ini adalah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan kerjasama KRT dan JKP Taman Serai Permai.Objektif program ialah untuk menyemarakkan semangat cintakan bendera Malaysia dikalangan setiap rakyat Malaysia amnya dan masyarakat di daerah Larut Matang, Selama dan Kerian khususnya.Program ini juga bertujuan untuk melancarkan kempen mengibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah dan premis di daerah terlibat.Majlis perasmian disempurnakan oleh Cik Nor Aini binti Mohd Nordin penolong Pegawai Daerah yang mewakili Tuan Pegawai Daerah Kerian yang tidak dapat hadir. Turut hadir ialah En. Meor Azam bin Meor Harun, Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Larut Matang, Selama dan Kerian. Antara aktiviti yang dijalankan ialah jalan kaki jalur gemilang, konvoi bermotosikal membawa jalur gemilang, sukaneka tabika perpaduan, persembahan tarian satu malaysia, pameran, senamrobik dan acara tarik tali. Program ini mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat.
Gotong Royong Semarak Rakyat
Written by Setiausaha on at 5:03 PTG
Tarikh | 8 Mei 2010 |
Masa | 8.00 pagi |
Tempat | Sekitar Taman Serai Permai |
Aktiviti gotong royong ini dilaksnakan sempena program Semarak Rakyat yang di anjurkan oleh UMNO bahagian Bagan Serai. JKP dan KRT Taman Serai Permai bekerjasama mengendalikan aktiviti ini. Fokus utama ialah untuk membersih dan menceriakan tempat-tempat yang perlu. Antara kawasan yang terpilih ialah pesekitaran Tabika Perpaduan, Tapak Surau dan Padang Permainan kanak-kanak. Gotong royong melibatkan semua lapisan masyarakat Taman Serai Permai. Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah mengecat, menyapu, memotong rumput, membersihkan longkang dan memungut sampah. |
Langgan:
Catatan (RSS)